Sunday 13 September 2015

IKAN SIAKAP MASAM MANIS SENANG

IKAN SIAKAP MASAM MANIS SENANG

Arini nak masak feveret kitorg husband and  wife. 
Godek punye godek esbok tu ade lak barang tak cukup. 
Tapi, aah belasah jelah.
Selamat mencuba! hihi.



Lumur ikan siakap ngan kunyit, garam dan tepung jagung (nak kasik rangup krup krup). 
Goreng garing dalam minyak banyak. 
Tos dan letak dalam pinggan hidang.




Kisar :
3 biji bawang kecik
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar 
1 tangkai cili masak
4-5 tangkai cili kering yang dah direbus




Potong2 sayur pilihan :

Lobak merah 
Bawang besar
Cili api (ikut suka la nak pedas mana)
Nenas (takde lam esbox pulak *frust*)
Sedikit daun ketumbar (takde jugak)
Sedikit daun bawang (takde jugak)




Tumis bahan kisar sampai garing / pecah minyak. Masukkan sedikit air jika perlu.





Masukkan :

2 sudu sos cili
2-3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram




Masukkan sayur2 potong tadi dan

Perasakan :
Sedikit garam
Sedikit gula pasir
Sedikit gula melaka

Dah siap sos!




Curahkan sos ke atas ikan siakap yang dah siap goreng tadi.
Aaaaah sedap.

*Ampun gambar tak berapa comel sebab tak ada nenas, daun ketumbar dan daun bawang.
*

No comments:

Post a Comment